Rumah Itam adalah sempena nama "Tuai Rumah" atau Ketua Kaum yang menjadi ketua bagi sesebuah kaum atau etnik minoriti yang terdapat di Sarawak dan Sabah. Rumah Itam ini terletak lebih kurang 16 kilo meter dari pekan Tatau atau lebih kurang 70 kilo meter dari bandar Bintulu dan di hubungkan oleh lebuh raya Pan Borneo. Pekerjaan harian penduduk disini adalah bertanam padi, berkebun, kerja pembalakan dan lain-lain lagi.